Monday, July 20, 2009

GRADUATE ENTREPRENEUR LEADERSHIP SIMULATOR PROGRAM


OUR PRACTICAL ENTREPRENEUR LEADERSHIP SIMULATOR PROGRAM IS UNIQUE AND HANDS ON.


COVERAGE AREAS :-
- IDENTIFY YOUR ENTREPRENEUR LEADERSHIP PROFILE
- ASSESS YOUR LEADERSHIP COMPETENCIES AND STRENGTHEN YOUR WEAKNESS
- TRAIN YOU TO BE A BETTER HANDS ON PROBLEM SOLVER AND DECISION MAKER
- EXPOSE YOUR ABILITY TO INFLUENCE AND COMMUNCATE WITH OTHERS IN YOUR BUSINESS FOCUS
- BE ADAPTIVE TO CHANGES AND EVENTUALITIES


“NEVER SAY NO OR WORDS TO THAT EFFECT IN COMMERCIALISING EFFORTS.”
-ANONYMOUS -

TAILOR MADE INTERACTIVE WORKSHOP SESSIONS
MODUL 1 : 50 KESILAPAN USAHAWAN
MODUL 2 : REPLIKA MINDA USAHAWAN
MODUL 3 : PERSONALITI USAHAWAN TULEN
MODUL 4 : BREAKING MARKETING RULES
MODUL 5 : KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN

FOR ANY PROGRAM SCHEDULING KINDLY CONTACT PRINCIPAL CONSULTANT
NAME : ROSELAN MOHAMED TAHAR
C.E.M., D.I.T., B. Econs., M.o.M. (UIA) ,PBMSK ,UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
EMAIL : ROSELAN@UMP.EDU.MY
OFFICE TEL : 09-5493094
FAX NO : 09-5491112

Wednesday, July 1, 2009

HIKMAH TSUNAMI UNTUK ACHEH

PENULIS: ROSELAN MOHAMED TAHAR

Saat kepulangan saya dari Acheh ke Kuala Lumpur pada 22 Jun 2009, mencuit hati kecil untuk berkongsi maklum balas tragedi tsunami Negara tersebut. Ternyata banyak kenangan manis dan ikhtibar yang dibawa pulang ke Malaysia susulan penyertaan Program “Sinar Bersama Mu Acheh” ia itu Lawatan Khidmat Masyarakat Antarabangsa anjuran bersama UTM dengan UMP selama 7 hari bermula 15 Jun hingga 22 Jun 2009. Acheh sebagai sebuah Negara pentadbiran Islam mempunyai keindahan alam semula jadi untuk destinasi pelancongan dan dunia mengenali Acheh lebih dekat selepas bencana tsunami.
Mengikut sejarah, pedagang serta mubaligh Arab dan India mengguna lokasi Acheh sebagai persinggahan utama lebih 500 tahun dahulu dalam misi dan strateji mengembangkan syiar Islam di rantau Asia Tenggara.
Hari bersejarah hitam bagi rakyat Acheh ialah pada pagi 26 Disember 2004 apabila tsunami melanggar Acheh. Pukulan ganas tsunami telah membikin Bandar Acheh hancur dan remuk di gulung gelombang dan ombak raksasa dengan kelajuan 500 kiliometer sejam dan ketinggian 30 meter. Asakan pertama dan kedua telah mengorbankan 350,000 penduduk Acheh serta berpuluh ribu lagi warga Acheh yang tidak boleh di kesan.
Pada hari pertama trajedi tersebut, Bandar Acheh menjadi padang terkukur. Acheh menjadi rata, musnah dan hancur lebur. Petugas mangsa dari pelbagai negara seperti Malaysia, Jepun, Perancis, UK, USA dll segera membantu Acheh. Mayat mayat bergelimpangan di tepi pantai, di Bandar, di atas jalan di sekitar Bandar Acheh menjadi repuk, remuk bersama sampah sarap dan lumpur hitam. Ini adalah satu pemandangan yang amat menakutkan dan memilukan. Kini rakyat Acheh bekerja keras untuk membangun kembali Negara Acheh yang amat tertekan selepas trajedi tersebut.
Antara kesan jelas tsunami ialah muncul kehadiran anak anak yatim piatu di Acheh berjumlah melebihi 4000 orang. Untuk program “ Sinar Bersama Mu Acheh “, penulis telah terlibat secara langsung dengan 20 penghuni Rumah Anak Yatim Melaka Tsunami Acheh (RAMYTA) DI Desa Pinie dekat Bandar Acheh dan juga bersama 50 pelajar Pondok Ar Raudhah di Lhokeseumawe. Untuk pergi ke Pondok Ar-Raudhah mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas dari lapangan terbang Acheh. Perjalanan yang meletihkan badan bagi penumpang bas.
Penulis sebagai tenaga pengajar Latihan Dalam Kelas untuk “ Basic in English “ bersama sokongan kreatif siswa siswi UMP telah mengadunkan penggunaan alat komputer dan bahan bahan visual yang menarik bersesuaian dengan peringkat asas anak anak yatim berumur dari 7 tahun sehingga 18 tahun. Ini ternyata amat berkesan dan menarik sekali bagi mereka mengikutinya. Sesi pembelajaran bahasa asing ini menjadi begitu manarik, meriah dan mudah sekali. Klip klip video berbentuk animasi yang sesuai dengan tahap umur pelajar memikat anak anak yatim untuk kekal fokus dalam kelas. Pembelajaran reka bentuk stail ini tidak membosankan pelajar pelajar kepada pengenalan bahasa Inggeris. Penulis amat gembira walaupun mereka mungkin lemah dari sudut penulisan dan pertuturan tetapi tetapi telah berusaha dan menunjukkan kesungguhan mempelajari Bahasa Asing. Mereka bersemangat untuk menjadi orang maju dan berjaya. Sebagai contoh, terdapat seorang anak yatim bercita cita menjadi Presiden Indonesia. Cita cita ini telah di beri sokongan walaupun penulis merasa kejutan sepertimana Negara Acheh di pukul oleh tsunami tanpa diduga.
Memori kisah bagaimana seorang anak yatim piatu RAMYTA iaitu Muhammad Nasfi Khusaini berumur 7 tahun selamat dari bencana tsunami tidak bisa menyembunyikan perasaan sedih pilu. Beliau menjadi piatu pada usia yang paling muda sekali.
Pada waktu gelombang pertama tsunami berlaku, di sebuah rumah di Lemtengah, Ulee Lheue yang terletak di utara Bandar Acheh, seorang ibu telah mempertaruhkan nasib anaknya Nasfi dengan memasukkan si comel ini kedalam peti ais dan seterusnya hanya mengharapkan pertolongan Allah sahaja di saat maut menghampiri. Gelombang kedua tsunami datang dengan lebih ganas, garang dan laju dengan kelajuan 400 kilometer sejam dan ketinggian 15 meter telah membawa maut kepada kedua ibu bapa Nasfi. Tetapi, gelombang besar dan ganas itu telah membawa peti ais berisi Nasfi bersama sampah sarap, batang batang kayu, tong, zinc, kereta dan lain lain yang berselerakan. Kerana takdir, peti ais itu turut ikut arus gelombang dengan tenggelam timbul dan akhirnya terdampar dikaki sebuah bukit sejauh 10 kilometer dari perkampungan Ulee Lheue. Keganasan tsunami ternyata tidak mampu mengatasi kehendak Allah yang mempastikan anak kecil berusia 3 tahun tetap selamat, hidup dan bernafas meskipun dia di lambung keras dalam tsunami ganas selama 8 jam.
Kehebatan keganasan tsunami juga telah menghanyutkan sebuah kapal kargo dengan keberatan 100,000 ton dan panjang setengah padang bola sepak dari pelabuhan Ulee Lheue sejauh 7 kilometer ke perkampungan Desa Pungeh, dekat Bandar Acheh. Kini kapal ini dijadikan museum sebagai kenangan.
Keesukan pagi, pasukan petugas telah tejumpa sebuah peti ais terdampar di kaki bukit. Mereka membukanya dan amat terperanjat melihat seorang anak kecil berada dalamnya yang masih bernyawa setelah 24 jam terkurung. Tubuh kecilnya menjadi lunglai dan lemah setelah dipukul tsunami. Nasfi, terpaksa diberi rawatan rapi selama 6 bulan di Medan, Sumatra. Walauapapun, Nasfi merupakan anak paling kecil dalam kumpulan 20 pelajar RAMYTA. Cerita seperti ini sudah pasti mencuit hati kecil insan yang prihatin.
Penulis juga berkesempatan melawat 2 masjid di Acheh yang mantap gagah perkasa tidak musnah dalam arus gelombang tsunami ganas ia itu Masjid Baiturrahman di Bandar Acheh dan Masjid Baiturrahim di Ulee Lheue. Sejarah seperti ini menunjukkan kekuasaan Allah dan ada segelintir para saintis berusaha mempertikaikan. Hakikat nya, sukar untuk mencerita bagaimana banyak masjid masjid di Acheh tidak hancur.
Secara kesimpulannya, kita boleh lihat hikmah dan nikmat yang memihak kepada Acheh sebagai sebuah Negara Islam.
Pertama, Perjanjian Helsinki (15 Ogos 2005) yang ditandatangani di Finland telah memberi kuasa otonomi khusus kepada Acheh dengan antara lain pengagihan 70:30 hasil pendapatan minyak dan gas Acheh memihak kepada Acheh.
Kedua, Rakyat Acheh bekerja lebih kuat dan keras untuk memajukan negara menggunakan sumber terhad pada tahap yang paling maksima
Ketiga, Acheh akan menjadi Negara Islam yang paling mantap dan unggul di Asia dengan mengambilkira populasi yang homogen serta pegangan Islam yang kuat. Dari segi politik, sesiapa boleh naik, tetapi korupsi mesti turun.
Keempat, Governor Acheh adalah bekas pejuang Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan ini memberi laluan untuk anjakan paradigma kemajuan Acheh. Masyarakat perdagangan dan perindustrian masih di kuasai oleh rakyat Acheh.
Kelima, Peperangan sengit di antara GAM dengan Pemerintah Jakarta selama 30 tahun terhenti selepas tsunami dan ini mengizinkan keamanan dan keselamatan rakyat, Negara dan pelancong.