Saturday, June 27, 2009

Petikan daripada blog : Gendangdipalu
ROSELAN MOHD TAHAR bawa 40 siswa dari UTM dan UMP untuk Lawatan Khidmat Masyarakat selama 10 hari di Aceh.

Bahasa Inggeris mungkin menjadi bahasa agak asing serta susah untuk di kuasai oleh sebahagian besar dari anak-anak desa di Indonesia. Namun kumpulan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kampus Skudai, Johor bersama rakan-rakan mereka dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), tidak kurang kagum melihat kesungguhan anak-anak Aceh mempelajari bahasa tersebut.
Anak-anak tsunami Aceh tetap bertahan mengikuti kelas pengenalan bahasa Inggeris kendalian kumpulan 40 mahasiswa dari kedua-dua universiti itu walaupun ia memakan masa agak panjang, lebih dua jam.
Bahasa Inggeris bagi anak-anak Aceh, memang bahasa amat asing. Sukar dikuasi. Saya melihat bagaimana seorang guru tempatan Aceh, terkial-kial memimpin kelas bahasa ini untuk kumpulan 7 murid-muridnya, cuma dengan menggunakan buku dan papan hitam sahaja.Murid cepat bosan belajar suatu bahasa asing yang sukar difahami, seperi bahasa Inggeris sendiri. Akibatnya ramai yang ponteng kelas tambahan. Dan ibu gurupun tak kurang rasa tertekan pula.
Aceh bekerja keras untuk bangkit kembali membangunkan rakyatnya yang amat tertekan selepas bumi mereka diganyang tsunami 26 Disember 2004 dulu. Aceh menangis melihat lebih 200,000 rakyatnya berselerakan mati digulung gelombang raksaksa 'tsunami' dalam tregedi paling mengerikan itu. Berpuluh-puluh ribu orang lagi hilang bersama sampah sarap dan lumpur lumat dihanyutkan gelombang maut itu.
Bahasa Inggeris kini menjadi salah satu matapelajaran wajib diajarkan di sekolah-sekolah seluruh Aceh, sejak dari kelas rendah pertama lagi hingga paling atas.Tapi, dengan menggunakan teknik dan peralatan mengajar yang betul dan sesuai, sessi pembelajaran bahasa dagang ini tiba-tiba menjadi begitu menarik. Mudah sekali.
Kumpulan mahasiswa UTM dan UMP itu bermalam dan tinggal bersama sekumpulan 20 penghuni Rumah Anak Yatim Melaka-Tsunami Aceh (RAYMTA), di Desa Punie dekat Bandar Aceh minggu ini untuk selama tiga hari.
Mereka berada di Aceh selama sepuluh hari di bawah program 'Lawatan Khidmat Masyarakat'.Penggunaan alat dan bahan-bahan visual yang menarik, sesuai untuk peringkat asas dan pengenalan bahasa Inggeris, tenyata amat berkesan dan menarik minat anak-anak yatim Aceh untuk mengikutinya.
Klip-klip video berbentuk animasi yang sesuai dengan tahap umur pelajar, demikian memikat anak-anak untuk kekal bertumpu kepada kelas.Dari sessi pembelajaran yang membosankan, ia tiba-tiba menjadi sebuah kelas paling menarik. Meriah.
Semuanya bergantung kepada kemampuan guru yang memimpin kelas sera dengan alat mengajar yang tepat.
Pensyarah dari Pusat Permodenan Bahasa dan Sains Kemanusiaan UMP, Roselan Mohamed Tahar, turut turun padang dan bersama menghidupkan kelas pengenalan bahasa Inggeris dalam sessi tengahari bersama anak-anak yatim RAYMTA.
"Mereka mungkin lemah dari sudut penguasaan dan penulisan,' kata Roselan serta menambah: "Tapi kami gembira melihat kesungguhan mereka untuk mempelajari satu bahasa lain. Mereka bersamangat untuk menjadi orang yang maju dan berjaya."

Saturday, June 7, 2008

Roselan B Mohamed Tahar receives his Master of Management from Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur and Bachelor of Economics from Universiti Malaya. His other academic qualifications is Diploma in Translation from Dewan Bahasa & Pustaka and Certificate of Entrepreneur Management from University of New England. Prior to joining Universiti of Malaysia Pahang, Roselan has 20 years experience in various positions in varied industries. Among others, he worked as Head of Entrepreneur Development Centre in UPEN, Pejabat SUK Pahang, work as a Regional Manager, Pembangunan Leasing Corporation covering Pahang, Terengganu and Kelantan. Had work as Credit & Marketing Officer with Maybank, TDC Consultant and Planning Executive with ASPA. Besides teaching, he also acts as consultant, trainer and motivator to students and the working class. He has been involved in UMP community services and provide consulting services to Government agencies, private sectors and NGO's. Brother Roselan is actively involved as members of various committee at faculty as well as university level.
CURRENT RESEARCH
  • Entrepreneurship Development
  • Motivation
  • Leadership
  • HRD

SELECTED PUBLICATIONS

  • 50 KESILAPAN USAHAWAN (UMP Publisher)
  • SUCCESS FACTORS OF EMERGING SMI'S (IIUM))
  • REPLIKA MINDA USAHAWAN (to be published)
  • PERSONALITI USAHAWAN TULEN (to be published)

CURRENT RESEARCH

Techno Leadership among UMP students(UMP RM20000)
Graduate Entreprenuer Leadership Simulator Program

TEACHING

  • UHE3062 MALAYSIA: IMPACT OF GLOBALIZATION
  • UHM2012 ETHNIC RELATIONS(KPT SUBJECT)
  • ENTREPRENEURSHIP

HOBBIES

  • GOLF
  • TRAVELLING
  • MEETING PEOPLE
  • TENNIS

OTHER INFORMATION

  • Currently, he is a PhD trainee in a local university
  • Attended 4 years training at Royal Military College
  • Had undergone Outward Bound School training at Lumut
  • Participant in various Biro Tata Negara programs
  • Has been actively engaging in public speaking engagements to public & government sectors